Wednesday, 24 January 2018

Cik Rara Resepi: Bihun Singapore

wow tetiba terbayangan bihun singapore panas mkn petang petang mcam ni syok liao! cik rara blajar masak dari rumet dulu. now dah pandai masak sendiri memacam barang kita tambahkan. hihi.. kadang2 saja masak lebih, kot ade kawan2 nak.. syok bila mkn berteman kan member, itu sebabnya bdan tak pernah kurus. hoho!

kalau cik rara duk kat Penang, bihun singapore drive thru (area Jelutong) sememangnya wajib beli, harga baru rm2.50 isi not bad byk gak, tak kedekut ada daging segala yang penting cili kicap dia berdesing telinga kalau mkn huhu. #mouthwatering

Ni kite kite ajar cara masak bihun singapore stail hentak kromo je

Bahan-bahan :

1.Bahan Tumis

bawang putih-7 ulas (banyak pon takpe)
myk masak- jgn terlampau banyak
udang kering-3 sudu di tumbuk jgn halus sgt (takde takpe,boleh ganti dgn cube ayam)

2.Bahan Kenyang

1 bungkus bihun - direndam dulu
300g daging / ayam - dipotong kecil2(tak pun ambik je daging cincang, tak perlu potong2 dah)
fish cake- 3 keping (ikut suka)
Fish Ball-1/2 packet (ikut suka)
Sosej- 3 batang (ikut suka)

3.Sayur- sayuran

carrot-1 batang di hiris ala buat kerabu
tomato - 2 biji potong nipis (nak letak tak nak takpe)
daun sup-sikit je (garnish kan saja)

4.Bahan penyedap

lada hitam / lada putih(dah blend)-1 1/2 sudu (ikut suka nak pedas letak lebih)
garam secukupnya
secukup rasa-1sudu kecil KFC
5.Sambal

cili api- 3 potong nipis + kicap manis

6.Presentation

telur ayam-3 ketul

Cara-cara :
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai kekuningan,masuk kan udang kering sekali (kalau takde guna cube ayam)
2. Masukkan daging cincang dan gaul hingga sebati, goreng daging hingga lembut,
3. Masukkan fish cake, dan goreng lagi
4. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti.
4. Masukkan pula sayuran carrot  dan gaul bagi lembut sambil tu perasakan dengan garam serta secukup rasa
5. Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak
6. Apabila bihun masak, tabur tomato dan daun sup siap!
7. goreng telur buat telur gulung dan hias atas bihun bersama cili kicap.

Ok ready to terkam.aum!

Sunday, 21 January 2018

Coretan hati

Terkadang kita lupa siapa di belakang kita yang sanggup bersusah payah bersama kita, sanggup bergadai apa saja demi kita sanggup memberi sokongan moral dan positive di waktu kita jatuh, sanggup bersama kita tika tiada yg mahu membantu,sanggup bersama kita ketawa menangis serta tak tido memikirkan solusi dan jalan kehidupan hari kemudian kita. Dia adalah org yg xakan putus asa utk memujuk kita berubah, kerana dia yakin kana diri kita. Dia hadir tanpa diminta, tlg tanpa ditanya

Bersyukur la kepada diri kita yang mempunyai kehidupan yang dilimpahi dgn kasih sayangNya dgn menghadirkan orang orang sedemikian dalam hidup supaya kita tak lupa akan diriNya, tidak lupa akan segala baik buruk hidup ini adalah takdir dan dugaan dariNya .

Dia adalah keluarga,sahabat,rakan,kekasih yang sanggup stay dgn kita supaya kita tidak keseorangan. Dia yg xkenal erti penat utk membantu dari fizikal dan mental.
Hargai mereka,jgn pernah putus asa kerana mereka xpernah putus asa terhadap kita .

Anda adalah insan bertuah jika masih memiliki mereka dalam hidup.

#renungan #istiqamah #terimakasih #positive #takpatahsemangat

Saturday, 20 January 2018

Wan Esah Resepi : Ikan Asam Pedas

Selamat siang!
Pakcik masuk hospital,jadi time2 mcm ni la ade kan masa utk wan. So, disebabkan anakanda yg tersayang xberapa selera makan sgt, jadi kite memulakan misi kite utk masa asam pedas!
Saya hanya buat kecoh kat dapur, sampai dpt ayat benak.mana boleh xtanye details, ilmu kot mesti blajar bersungguh2 tak gitu.. kot2 boleh ready bagi makan kat future husband, eh
Time sy dah pro Xpayah tunggu dtg je bebila sy hidang ikan masak asam pedas gitu! 

Okay, begini:-

Bahan2nya adalah

1.bahan gaul

Jintan manis-1sudu
Jintan putih-1/2 sudu
Rempah bulat or ketumbar-1sudu
Lada itam bulat-1/2 sudu

Campur semua , rendang sampai garing (api kecik) jgn  hangit.. dah garing mesin kering halus.. pastu guna sesudu penuh je

nie la cara kita rendang  herbs
2.Bahan utk di mesin
P/s: tapi xleh hancur sgt.. nnti xsedap

Bawang merah sederhana kecik-6ulas
Bawang putih- 6 ulas (1ulas tumis)
Belacan-2 1/2 inchi
Halia-1inchi(3 keping hiris) lain masuk dgn bawang (jgn byk nnti pahit)
Kunyit hidup -1 1/2 sudu (xnak byk nnti peda)
Cili kering (cili kering mesin)-10sudu kalau x pedas.
Pak aji - 1sudu kfc
Garam-ikut rasa

3.Tumis
Bawang merah sederhana kecik-1ulas tumis
Bawang putih- 1ulas tumis
Halia-3 keping hiris tumis


4.Bahan sampingan
Daun kari-2 tangkai
Asam jawa- 3jari, tambah air banyak jadikan air asam jawa

5.Utk wangi:-
Biji sawi
Jintan manis
Halba
 -semua 1 sudu kfc kecik

6.Rencah
Bendi -ikut suka
Tomato-ikut rasa

P/s:Kalau ada kesum dgn kantan jgn letak daun kari nnti rasa becampur

Cara Masak :-



ready bahan2 hiris dan nak campuran yang di blend td..

Api pelahan je
 Masuk myk

tunggu myk dulu
 Masuk bahan wngi, daun kari... dah wangi masukan bahan tumis

tumis api kecil
Tumis sampai kekuningan, kemudian masukan bahan yang di blend

Masuk bahan2 yg di blend
 kacau bagi sebati, kacau sampai cili masak @kering

make sure api kecik
 Masak sampai cili garing, Tunggu sampai naik bau

ha nie la contoh cili dah masak, dia jadi kering and membobok
 Masukan air asam jawa

air asam jwa lebih byk sebab kalau skit jadi masam
 Masuk ikan sampai ikan tengelam



Lepas 5 minit masuk rencah bendi or tomato
Rasa kalau garam ckup ke x
Mengelegak and masak sampai ikan masak
Siap

Ha boleh makan bergumbira,alahai rumitnya nak masak gini, bersyukur sgt ada wan.. semoga umur wan panjang, sehat selalu dan dimurahkan rezeki. Aminn

Ok, perut mahu gatah asam pedas 😋😋
Tata~




Thursday, 18 January 2018

Welcome 2018

Bismillah, rasanya masih boleh lagi utk publish post new year.
lama jugak tak on blog ni, mungkin dok sibuk kat kerja2 dgn blog budak2.. kunun, kemain alasan..
 Semoga segala urusan di tahun baru ni lebih bagus dari2 tahun yang lepas.

masuk new year nie, sy dah berfikir memacam benda
umur makin meningkat, jadi apa yang dah kita miliki?
rumah, harta, kesihatan, insurans diri,saving hari tua, saving hari tu, saving kecemasan masih dalam samar.
tak kira usia tua atau muda, kita tetap kena fikir, kena ada planning dari awal. tak salah kalau nak mulakan sekarang, klau bukan sekarang bila lagi kan?
so tindakan yg sy buat main kutu. main kutu pun mama marah tau!
sebab dia kata better simpan sendiri, terdesak2 takpe boleh ambik semula.
ermm, betul gak.. situ dah fail satu. byk sangat main kutu, takut main kutu sampai botak kepala...

lepas nie, kena beringat nak main kutu tu nnti jgn syok sangat, bukan dpt bulan yang sy nak pon, mmg terasa amat la kecewa, depa dok tukar awal2. kalau dapat duit, hujung tahun , kereta tak boleh nak hidup kan roadtax gara2 kutu.. menyesal pun ada.. tapi xpe, sy percaya ada rezeki masing2. huu..

niat terfikir nak buat simpanan utk insurans, nampak gaya kena hujung tahun baru boleh buat la kotnya.. doakan semoga segala urusan dia permudahkan, kot dpt bonus berbulan bulan , increment tinggi dah sangat2 membantu untuk melayari kehidupan di bandar


Tuesday, 8 November 2016

Ciuman dahi ,tangan, bibir and banyak lg

Ciuman merupakan salah satu tanda bentuk rasa sayang antara dua insan. Namun tahukan anda ada beberapa jenis ciuman yang memberi makna yang berbeza. Ketahui jenis dan makna ciuman yang anda berikan agar si dia tidak terluka dengan anda. Semoga hubungan anda kekal sampai bila-bila.

Ciuman Di Kening

Jarang orang kita buat ciuman di kening. Ciuman di kening menandakan perasaan yang ‘hangat’. Ianya juga memberi makna ‘Aku ingin kita bersama selamanya’.

Ciuman Di Tangan

Kebiasaannya ciuman di tangan merupakan tanda hormat kita pada orang yang lebih tua. Cuba kita perhatikan seorang jejaka yang jumpa perempuan cantik, pasti mereka akan cium tangan perempuan tersebut seolah-olah mengatakan ‘Aku mengagumi mu.”

Ciuman Di Pipi

Ciuman di pipi biasanya menunjukan sebuah hubungan silaturahim. Seperti yang dilakukan oleh ayah,ibu saudara dan rakan-rakan. Kucupan ini mendatangkan rona bahagia kepada mereka.

Ciuman Di Telinga

Ciuman ini memberi tanda pujian yang bersifat intim. Ia ingin mengatakan bahawa anda adalah dunia baginya. Selalunya ciuman ini disusuli dengan bisikan lembut dan sebuah dakapan mesra.
Ciuman Di Leher

Leher merupakan kawasan hot spot bagi wanita mahupun lelaki. Ciuman dikawasan ini menunjukan bahawa jiwa dan diri anda bersatu. Cium kawasan ini ketika hubungan seks untuk hasil yang lebih puas.

Ciuman Di Perut

Kebiasaannya ciuman ini dilakukan ketika hendak melakukan hubungan seks. Jika anda melakukan ciuman ini, ianya bererti bahawa anda sudah bersedia untuk melakukan aksi seterusnya.

Ciuman Di Bahu

Ketika si dia mencium bahu anda, ia memberi erti bahawa si dia mahukan anda. Si dia inginkan belaian dan juga ingin dimanja oleh anda.

Ciuman Di Bibir

Selalunya ciuman di bibir memberi makna percintaan. Semakin dalam sesebuah ciuman itu, boleh mendatangkan ghairah. Andai sahaja ciuman ini semakan nakal dan liar, tidak mustahil hubungan intim akan terjadi. Kepada mereka yang belum kahwin, sila elakkan. yang sudah kahwin, selalukan.

CIUMAN PADA DAHI
Ciuman begini penuh dengan kasih sayang. Ia membawa maksud bahawa betapa kasihnya lelaki terhadap pasangan wanitanya. Saat dahi dikucup, wanita dapat merasakan getaran kasih lelaki kepadanya.

Dia

Dia orang yang xpernah salah mentafsir siapa diri aku
Dia orang yang selalu menyuruh aku tuk mencuba segalanya tuk mendapat pengalaman
Adakala pendapat kita bercanggah adakalanya kita sefahaman
Dia org yg cool yg sentiasa mententeramkan jiwa yg bergelora
Dia yg selalu menerima pandanganku secara terbuka
Dia yg tahan dgn segala amarah dan rajuk ku
Dia orang yg memikirkan diri ini dan ingin yg terbaik bila hidup bersama
Dia insan yg xpernah terfikir akan jadi milikku
Dia hadir bagaikan anugerah kepadaku
Anugerah tak terhingga nilainya
Terima kasih allah
Terima kasih menjadi dia penyeri indah hidupku 
#D

Thursday, 6 October 2016

My ouji

Bila dia hadir tanpa dipaksa, dia duduk tanpa disuruh dan hati tak pernah terfikir tu pergi sejauh itu.dia manusia yg mengetuk pintu hati berkali kali tanpa sedikit paksaan pun hadir.

Dia hadir memberi semangat hidup, dia berikan jiwa ini satu ketenangan. Dia membaca diri ini semampu dia. Dia membuatkan hati ini kasih pada dia.

Xmampu berfikir bila dia menyayangi diri ini. Xmampu ucap apa lg bila mulut menolak tapi hati memberontak inginkan dia.

Siapa sanggup jadi seperti dia?
Orang yang risaukan orang lain sebelum diri sendiri,
Orang yang tak malu tuk pegang jari jemari dikhalayak ramai,
Orang yg membelai jiwa org lain seperti menatang minyak yang penuh,
Orang yang sanggup keluarkan tisu lap segala peluh
Orang yang tak kesah kalau berjalan bersama dgn kau yang xberapa cun
Orang yang turun kan ego demi memahami dirinya,
Orang yang menasihati dan mendengar dari segala aspek.
Sayang manje, xperlu ketuk pintu hati kerana diri sayang dah direct ke hati.

Luv you