Monday, 17 September 2012

BILA NAFSU MELEBIHI AKAL FIKIRAN YANG WARAS


Bila pemikiran di tolak ketepi demi nafsu,
Apa-apa yang di bicara kan hanya melandaskan rasa dendam jiwa,
Lidah menjadi lebih tajam dari mata pisau,
Menambahkan lagi titik hitam dihati,
Tidak mampu untuk berfikiran waras,
Ditambahkan perisa yang tidak sepatut dari orang2 sekeliling,
Menambahkan rasa tidak puas, dendam yang hendak dibalas, benci yang bertambah2 Disebabkan hasutan manusia yang tidak ada fikiran yang bernas,
dan ketika itu segala ilmu mahu di tuntut,
Supaya rasa dihati puas,
Walaupun ia adalah tindakan yang boleh menjatuhkan iman di dada.


Dosa pahala di tak dikira,
Tak kenal halal haram,
Hijab mata tertutup untuk melihat perkara yang baik dan indah,
Kerana mata , hati, minda bertuan kan syaitan,
Yang bersorak riang atas kejayaan yang terjadi.

Oleh itu, setiap manusia harus melawan nafsu dihati,
Jangan biarkan akal fikiran di kuasai nafsu, 
Minda harus kuat untung mebuat pertimbangan yang wajar,
Jangan mendengar kata2 halus dari makluk2 yang ingin kan kemusnahan,
Jangan jadikan mereka sahabat dihati yang sedang membara

Jadikah orang yang bijak mengawal nafsunya,
Mengawal petuturan dan perbuatan,
Berpandukan pada al quran dan nas yang ada pada kita, 
Tidak mendahulukan nafsu semata2 tanpa pertimbangan akal fikiran,

Ketahuilah bahawa
Manusia itu adalah sebaik-baik kejadian
Yang dilebihkan oleh Allah S.W.T. berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain
Dan kelebihan itu tak lain dan tak bukan adalah AKAL!!
AKAL yang dikurniakan untuk membezakan baik dan buruk.. haq dan batil.. dosa dan pahala..
Dan sekiranya manusia itu tidak menggunakan kelebihan AKAL yang diberikan kepada mereka
Maka, samalah mereka itu dengan makhluk-makhluk Allah yang lain
(yang memanjat, menjalar, menyalak, merayap, dsbnya)
Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment