Monday, 11 February 2019

Bihun BAkso la Kite


Bahan sup:

3 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 sudu kecil lada sulah biji *
1 batang serai diketuk
1 sudu besar pati daging/pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam

Cara:

Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang merah hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing dan naik bau. Masukkan sekali serai. Masukkan air dan pati daging, serbuk lada sulah dan garam.

Bahan bebola daging:

400g daging lembu hancur
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
1 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh garam

Cara:

Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan.

Bahan untuk hidangan:

Bihun yang telah direbus
Kobis dihiris halus
Daun Sup
Daun Bawang
Bawang Goreng

Cara hidangan:

Atur bihun, kobis dan bebola di dalam mangkuk. Tuang sup bakso panas. Tabur dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili tumbuk, sos tomato, dan juga kicap manis. Hidangkan.

Wan Esah Resipi: Taucu Ikan Kerisi

IKAN KERISI MASAK TAUCHU

Bahan bahan
2 keping ikan kerisi
2 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
4 biji cili merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air
3 tangkai cili padi
Garam dan gula secukup rasa

Cara cara: Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dahulu dan ditoskan. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi. Kemudian masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan gula.. lebihkan sikit gula utk seimbangkan masin tauchu. Bila mendidih, masukkan ikan sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air. Atau boleh juga siramkan kuah tauchu ke atas ikan yang siap digoreng. selamat mencuba


Last week cik rara blajar masak dgn wan esah. sebulan sekali nak muncul kat rumah dia memang susah dik non! tapi kalau dah datang tu jangan fikir dia tak tanye bila nak datang lg, dia rindu tu mcm tu.. takde orang nak teman, sebab tu dok tanye bila nak balik bila nak balik... kalau kata tak balik ha g mana? merayau mana? haa kalah inspektor polis tu. Jangan ingat boleh terlepas dari soalan wajib, tapi tu la soalan wajib, tanda dia caring pasal kita. sebab selalu bertanya tu la kite ni terbentuk menjadi seorang manusia yang berguna, inn sya allah.

haa jom sambung balik cara masaknya!

Bahan-bahan