IKAN KERISI MASAK TAUCHU
Bahan bahan
2 keping ikan kerisi
2 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
4 biji cili merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air
3 tangkai cili padi
Garam dan gula secukup rasa
Cara cara: Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dahulu dan ditoskan. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi. Kemudian masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan gula.. lebihkan sikit gula utk seimbangkan masin tauchu. Bila mendidih, masukkan ikan sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air. Atau boleh juga siramkan kuah tauchu ke atas ikan yang siap digoreng. selamat mencuba
Last week cik rara blajar masak dgn wan esah. sebulan sekali nak muncul kat rumah dia memang susah dik non! tapi kalau dah datang tu jangan fikir dia tak tanye bila nak datang lg, dia rindu tu mcm tu.. takde orang nak teman, sebab tu dok tanye bila nak balik bila nak balik... kalau kata tak balik ha g mana? merayau mana? haa kalah inspektor polis tu. Jangan ingat boleh terlepas dari soalan wajib, tapi tu la soalan wajib, tanda dia caring pasal kita. sebab selalu bertanya tu la kite ni terbentuk menjadi seorang manusia yang berguna, inn sya allah.
haa jom sambung balik cara masaknya!
Bahan-bahan
No comments:
Post a Comment