Sunday, 2 December 2012

budak zaman sekarang #1


Kanak2 zaman sekarang memang nak mintak pelempang. Langsung berbeza dengan zaman kanak2 aku di mana aku dikategorikan sebagai kanak2 istimewa. Hmm macam tak kena je bunyinya. Maksud aku, kehidupan aku sebagai kanak2 dahulu lebih merendah diri dan berwasadtiah, tidak seperti kanak2 sekarang yang dilemparkan dengan kemewahan menyebabkan diri bongkak dan lalai dalam kesenangan. Mari kita lihat perbezaan kanak2 zaman aku dan zaman sekarang.
1) Kanak2 zaman sekarang masing2 dah ada henpon. Umur baru setahun korn belum akih baligh belum mimpi bersetubuh ataupun keluar darah haid dah ada henpon. Henpon bukan yang jenis yang cikai mak lampir, canggih2 semua. Touch screen, boleh buat touch and go, yang boleh transform jadi robot pun ada. Pastu abis kool la tu siap bawak pegi sekolah. Cikgu mana berani rampas nanti kena lempang dengan mak bapak zaman sekarang. Korang tahu tak aku zaman matrikulasi baru dapat henpon. Walaupun henpon 3320 aku itu hanya layak dibuat umpan memancing pada hari ini, namun aku bersyukur tau. Cis.
2) Kanak2 zaman sekarang masing2 ada frenster, maispes, fesbuk, hai5, sabul macam2la. Padahal baru lepas UPSR dan pandai nak bersosial. Tahu tak ramai pedophile di luar sana yang menjadikan kanak2 tak kira comel ataupun gemuk sebagai mangsanya. Huiii ramai betul 'Friend' diorang. Padahal bukan kenal pun semua. Sedara mara pun aku sama (nama mereka Khadijah dan Farid, haa haa). Datang rumah aku rampas internet aku pastu sibuk add makwe sana jejaka sini komen sana komen sana lagi komen gambar sini pulak (repeat). Cis.

3) Kanak2 zaman sekarang kecik2 sudah pandai bercinta. Yelah kau bercinta. Yang keluar 3gp pakai baju sekolah menunjukkan cinta masing2 wahhhhhh agungnya cinta korang. Hmm untuk kanak2 lelaki jika cinta korang benar2 utuh, beranikah korang meneruskan percintaan jika awek korang menjadi tahap makcik apabila dekat2 nak masuk universiti? Haa haa. Cis.
4) Kanak2 zaman sekarang sudah pandai berpeleseran. Cuba pegi midvalley. Naik kat wayang depan mekdi tu. Bertenggek sekor2 bukan buat apa pun. Bergaya dengan kasut mahal baju mahal menggunakan duit mak bapak. Pakai spek mata hitam. Baju seksi abis cuba2 nak menampakkan lurah tetapi gagal. Lurah bontot kau aku percaya la. Pastu buat bising gelak huha huha bajet2 group korangla yang paling kool. Zaman kanak2 aku, abis terer pegi Mines je main laser quest. Abis bergaya pun pakai sluar skolah bawah kembang 20" yang tempah kat Agrat ataupun Zero One. Cis.
5) Kanak2 zaman sekarang mudah terpengaruh dengan apa yang tengah hot di pasaran. Skarang tengah musim indie mulalah sibuk semua nak jadi indie. Mulalah sibuk nak pegi gig lompat sana lompat sini bajet2 kool. Padahal bukan kenal pun siapa yang main. Yang kau kenal cuma Hujan. Tanya siapa nama pemain kompang simpanan kumpulan nasyid indie popular Al Ikhsan kang haa terus terkeluar darah haid kau nak menjawabnya. Cis.
6) Kanak2 zaman sekarang bongkak dalam kemewahan. Kereta Honda korang tu bapak korang yang bayar downpayment serta bulan2. Beg tangan Louis Hamilton korang tu mak korang sanggup berhutang nak belikan untuk anak dia agar menjadi paling kool di kalangan rakan. So yang kau nak riak tu pasai apa. Cis.
Begitulah sikap kanak2 zaman sekarang. Jika ada lagi sikap2 keji kanak2 sekarang yang korang tahu, silalah nyatakan dan letak 'cis' di penghujung ayat sebagai tanda protes.

No comments:

Post a Comment