dikala menelaah buku,sempat lagi hati ini mengusik untuk
menari-narikan jejari diatas keyboard ini.. ecehh
jiwang ke gila nie?
peluang kedua? apa itu peluang kedua? mampukah kita beri peluang
kedua? berertikah peluang itu pada mereka?Ada cara tak nak maafkan orang,
kemudian berikan dia peluang kedua? Ada cara tak nak ubati hati sendiri dan
lupakan apa yang pernah berlaku sebelum ini? Situasi bagaimana perlukan
peluang kedua? Andai hati terguris sakit, dada tercalar pedih, bagaimana mahu
dibebaskan diri dengan kata maaf yang mencipta peluang kedua itu?
kalau orang itu orang yang amat bererti dalam hidup kita, kita
mesti akan pujuk diri sendiri untuk memaafkan semua siala yang die buat.
maklumlah, dia orang yang paling kita sayang, benda kecil tak kan tak nak
maafkan walaupun hakikatnya benda itu amat la menguris perasaaan.. kita akan
lupa tentang kesalahan itu dan berfikir positif.
Apa yang anda akan lakukan sekiranya anda diberi peluang…tak
kisahlah dari segi apa pun..tapi apa yang mungkin anda lakukan..adakah anda
akan mengulangi kesilapan yang sama..adakah anda akan memperbaiki sahaja..atau
apa sahaja..
Walau apa pun jenis peluang kedua yang anda dapat..anda
hargailah sebaiknya..mungkin peluang itu hanya sekali sahaja dalam seumur hidup
anda..janganlah anda sia-siakan peluang itu..tapi sekiranya anda telah mendapat
peluang itu..hargailah peluang itu seadanya..janganlah kita sesekali merosak
atau melepaskan peluang itu..
yang berisiko dalam hal nie adalah orang yang memberi peluang..adakah peluang yang diberikan itu berbaloi atau tetap terus merana , jadi orang
yang mendapat peluang kedua itu wajib menggunakan peluang itu sebaik mungkin.
Ingatlah..peluang yang datang bergolek..hanya sekali…kalau 2 kali
itu memang tuah.. kalau dah dapat nak mintak peluang ke 3, fikir lebih panjang
kerana tak semua orang sanggup menerima dugaan hebat sebegitu
No comments:
Post a Comment