kebelakangan ini cuaca di Malaysia amat la panas sampai rasa nak mandi selang 20minit.
okay tapi itu bukan isu yang hendak diperkatakan pada hari ini.
isu hari ini adalah isu kekeluargaan. bukan family kecik tapi yang melibatkan family yang besar
yang termasuk la makcik, pakcik, nenek,tok wan, atok moyang, tok yang semuanya.
masa kecik bila mak kita takda kat rumah mesti kadang-kadang makcik sedara tak pon pakcik sedara kita jaga kita.. yelah kita nie darah daging dia , anak buah dia.
tapi bila besar, bila kita diuji oleh Allah S.W.T
bila mak kita bertelingkah dengan makcik or pakcik kita,
kita sebagai anak kena jadi orang yang mententeramkan serta memperbaiki hubungan mereka,
jangan la sebagai anak kita tambah lagi rasa sakit hati mereka dengan perkataan yang tidak manis
yang kurang ajar sangat-sangat sampai menjatuhkan maruah dia di depan orang walaupun dengan meng'update' status anda di fesbuk, myspace, twitter.
membuka aib mereka bukan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah yang ada,
ia bukan sahaja memberi pandangan orang tentang macam mana teruknya family anda sendiri,
ia jugak memberi pandangan orang tentang diri anda.
"ee, makcik dia jahat la... sanggup buat macam-macam kan"
"isk ape la budak2 sekarang ni, sakit hati terus update bukan"
"eh kau tengok tu kuang ajar gila ayat dia bagi kat makcik die, berkau aku takde hormat langsung!"
" ini sesi anak buah memaki makcik/pakcik ke? siap nak sula2 la bagai'
"perh! die panggil darah daging die bangsat la"
its just a example :)
sebagai anak sila jaga tingkah laku, kita dididik dari kecil untuk menghormati orang yang tua dari kita tapi itu bukan hanya dimasa kecil tapi ia perlu di bawa hingga ke akhirat hayat yang ada, dan kita yang bakal tua ini pulak akan mengajar anak-anak kita dikemudian hari.
terlintas dihati , dulu isi hati sendiri je yang tau sekarang satu dunia boleh tau, semua benda nak diceritakan lapa nak cite, kenyang nak cite, tu tak tambah lagai yang dok geram2, nyampah2, marah2.Semua benda nak cite..ini dikatakan penangan hebat FB, Buat orang makin kurang rase MALU.. Makin kurang berFIKIR.. Makin kurang ADAB.. Jangan serlahkan kelemahan kebodohan masing.. Lagi2 perempuan...Sekian....
p/s: Tak kan selesai masalah kalau cite kat FB.. Tak kan kenyang perut tu kalau update kat FB..
-bukan berkisar cerita keluarga ana, mohon minta jauh perkara-perkara sebegini.. ku mohon Ya Allah. amin...-

No comments:
Post a Comment