Tips- tips menjaga bateri baru
1) Jika bateri anda baru - Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya bila pertama kali anda menggunakannya.
2) Kemudian, TANPA
‘on’ laptop, cas bateri itu selama lapan(8) jam. Jika ‘indicator’ di
laptop mengatakan bateri sudah penuh, teruskan cas sehingga lapan(8)
jam. Ingat! Jangan sekali sekali ‘on’ laptop!
3) Selepas lapan(8) jam, cabut charger/adapter dari laptop. Dan dengan HANYA
menggunakan bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis. Ini
akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri itu
4) Selepas ini, anda boleh mengecasnya seperti biasa iaitu sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh
Tips- tips menjaga bateri tak berapa baru
1) Elakkan dari selalu mengecas bateri- Satu bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300 ke 500 pusingan cas. Cabut charger, gunakan kuasa bateri dan kemudian gunakan charger
balik adalah satu pusingan. Adalah dinasihatkan anda jangan menggunakan
kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya. Tinggalkan sekurang- kurang 5%
dari kuasa yang ada.Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri selama satu jam
kemudian cas balik penuh (ini dikira satu pusingan), dari menggunakan
bateri 10 minit dan cas balik 5 minit (ini dikira satu pusingan)
2) Pastikan
bateri anda habis kuasa sepenuhnya setiap 30 pusingan.Kemudian cas
semula. Ini akan membantu menetapkan kadar kuasa bateri
3) Sekiranya
anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan
anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu. Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh, bateri akan bengkak dan tidak boleh menyimpan banyak kuasa . ika anda tidak menyimpan kuasa langsung, dikhuatiri bateri tidak boleh dicas semula.
4) Elakkan kepanasan-
Kepanasan boleh mengurangkan kapasiti menyimpan kuasa bateri. Jangan
guna laptop di permukaan yang memerangkap haba seperti kain, kusyen,
kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain. Gunakan notebook cooling pad dan pastikan permukaan yang anda gunakan tidak mempunyai habuk.
5)Elakkan terlebih cas (overcharging)
– Overcharging akan menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti
bateri. Cabut charger bila ‘indicator’ sudah menunjukkan bateri sudah
penuh.
Tq for this info..:)
ReplyDeleteyour welcome :)
ReplyDelete