Bismillah : Perjalan yang tidak dirancang utk ikut keluargabercuti ke tempat orang. Acu & Mamie awal2 dah beli tiket dengan harga RM850 masa promosi. Rara nie dah last minit baru tergerak hati nak ikot so tiket rara RM 1500++. Awalnya dikatakan perbelanjaan nak ke sana dalam RM3000 jadi mana nak kaut sebanyak tu dalam masak 3 bulan plus rara dah buat plan nak ke langkawi dengan kawan kawan. Tapi dah bila sebulan lagi nak ke Gold Coast makcik cakap kalau rara pergi tak payah nak fikir tempat tinggal kos dah jimat yang tinggal makan & belanja je sebab theme park (utk 4 tempat hanya tambah RM350 je tambah). Aduhai, niat hati memang g sebab duit makan and belanja apa la sangat dalam 1k-1.5k pun dah memadai.
jadi salah satu kerisauan yang ada difikiran ini adalah hutang ccris masih ada, jadi bagaimana kalau beli tiket flight nanti hangus. allahu jauhkan la ye. Perkara pertama sebelum nak beli tiket, semak status perjalanan kita di jabatan imigresen secara dalam talian . Masuk kan no ic kita dah semakan akan terpampang yang kita ada halangan atau tidak (kalau tiada halangan alhamdulillah syukur masih boleh ke luar negara). Bagaimana nak semak? hanya klik sini atau pun pergi ke laman sesawang jabatan imigresen Malaysia
![]() |
| syukur amin :) |
Selepas kita beli tiket ,semak status akhirnya kita harus memohon/memperbaharui passport kita. Jadi kepada yang tidak mempunyai masa yang banyak boleh pergi ke UTC yang ada perkhimatan sampai hari ahad klik di sini untuk lebih informasi dan klik di sini untuk cara memohon/memperbaharui pasport
Kepada yang pertama kali memohon pasport sila bawak wang yang secukupnya utk pembayaran, kad pengenalan dan diri serta sila rajin bangun awal utk beratur depan pintu jabatan Imigresen sebab pergi bukan sikit orang, yang nombor 1 pon dtg kul 5 pagi.agak2 dah nak kul 6.30 baru nak keluar rumah jangan bermimpi pergi ke tempat hanya bukak separuh hari. Rajin rajin ye semak masa operasi agak2 nak tau gak details sila buat panggilan terus ke tempat yang nak dilawati.
Number rara dapat 63 tu pon nak dekat kul 11 baru boleh jejak kaki di kuanter, kul 12 dah boleh collect. Syukur sangat akak dpt fly (yeahhh!!! Alhamdulillah). Muka ada senyum laaa
Selain dari pasport,sila check kalau tempat yang nak dilawati harus mempunyai visa atau tidak. Kak rara nak ke Australia wajib ada visa
Kepada yang pertama kali
buat visa, cari je kat internet, kak rara dpat buat dalam rm 20 je and respond dia tip top. tak sampai 1jam dah ada dpt visa. suka angat :* Australia Visa RM 20

No comments:
Post a Comment